anazarin.com

Jumaat, 10 April 2015

HARIMAU MUDA B MENCATAT KEMENANGAN PERTAMA

Pasukan Harimau Muda B yang beraksi di Liga Singapura, akhirnya berjaya menamatkan badi kekalahan apabila berjaya mencatat kemenangan pertama di dalam Liga Singapura malam tadi...

Skuad Razif Ismail itu berjaya menjinakkan pasukan Court Young Lions dengan jaringan tunggal oleh pemain gantian pada minit 72 melalui Ridzuan Abduloh...

Dengan kemenangan ini, bermakna dapat membawa keluar pasukan Razif Ismail ini daripada kedudukan tercorot liga buat masa ini....

Keputusan Akhir : Harimau Muda B 1-Court Young Lions 0

Siapakah Mathew Davies

Siapakah gerangan Mathew davies ini??? Sehinggakan nama beliau mula disebut-sebut dikalangan peminat tegar sukan negara terutamanya peminat sukan bola sepak Malaysia... Mathew Davies merupakan pemain baharu yang mempunyai darah campuran Malaysia selepas Brendan Gan dan Junior Easter...

Pasukan Tok Gajah iaitu Pahang Fa telah berjaya mengikat pemain ini bagi menghadapi kejohanan Liga Super Malaysia dan perlawanan di Kejohanan AFC... Pemain berusia 21 tahun ini dikhabarkan akan dipanggil oleh Ong Kim Swee bagi kempen Sukan Sea di Singapura nanti...

Adakah dengan kehadiran pemain seperti ini mampu menaikkan mutu bola sepak Malaysia daripada terus dirundum malang.... Seronok untuk disaksikan...



FuhSport | Gedung Sukan Anda

Alhamdulillah, hari ini bakal lahir sebuah lagi blog milik ana yang akan mengupas isu-isu sukan Malaysia dan juga sukan antarabangsa yang merangkumi semua jenis sukan yang terdapat di muka bumi ini....

Blog ini diwujudkan bagi mereka yang ingin mendapatkan info-info terkini sukan dunia, isu di atas padang, di atas gelanggang dan juga diluar padang yang dikhususkan buat pencinta sukan di luar sana....

FuhSport hadir dengan tagline tersendiri iaitu Gedung Sukan Anda.... Nantikan kemunculan FuhSport dengan berita sukan sensasi masa kini hanya buat anda... Ingat Sukan, Ingatlah FuhSport....




Catatan Popular